my world

Friday, January 18, 2013

^ _ ^ aku mahu berubah


Ya Allah
Syukur di atas nikmat pancainderaMU
Dengan penglihatan
Aku dapat melihat kekuasaanMU
Mengagumi segala kebesaran MU
Namun…
Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran padaMu,
menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
melihat pada yang tak sepatutnya,
membuatkan diri ini alpa saat hidayahMu tiba…
Seketika kutersedar….
mungkin belum terlambat untukku pahatkan dalam diri bahawa aku ingin berubah…
Ya Allah…
jika dulu aku angkuh dibumiMu..
Alhamdulillah hidayaahMu mematahkan keaangkuhanku..
Membangunkan sifat malu…
 yang selama ini tersorok dalam diri ini…
Kutundukkan pandanganku yang selama ini meliar
kutimbulkan kekeliruan pada teman teman…
Kutempis segala terguran sinis..
Kutekad dalam qhalbuku..
Bahawa aku mahu berubah…

No comments:

Post a Comment