my world

Monday, May 2, 2016

Perjalanku menuju Allah

Perjalananku menuju Allah….
Part 1 
Dengan lafaz yang mulia… bismillahirohmanirhim…
Aku membuka tirai blog bagi bulan ini setelah hamper beberapa bulan lamanya tidak mengaktikkan diri…
Disini aku akan kongsikan pengalaman…keterujaan aku menjadi tetamu Allah…..
Sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kerana telah dijemput ilahi menjadi tetamunya pada usia yang dikatakan amat muda…alhamdulillah terima kasih ya Alllah…sesungguhnya aku amat bersyukur atas kurnianMu ini….terima kasih juga pada kedua ibubapaku yang sanggup support dari segi kewangan(hehehe) thank mak n abah…. I love u….:) 
Pada bulan 6 tahun 2015 yang lalu, mak pernah bersuara untuk mengajak aku ke tahan suci mekah untuk menunaikan ibadah umrah… tapi disebabkan busy dengan kerja maktab, so aku mintak mak postpone kan pada bulan Sembilan…. Bila tiba jew bulan Sembilan 2015, tertiba dapat tahu kene hadir kursus diploma pendidikan…so Nampak gayanya kene postpone lagi la ye mak…. So mak dah decide untuk berangkat ke mekah pada bulan 12 2015…then aku pon setuju jugak dengan tarikh yang diberikan itu, malangnya dipihak maktab aku dipilih untuk mewakili maktab untuk mengawas peperiksaan SPM…alangkah keciwanya aku….. kesian pada mak dana bah..terpaksa menangguh lagi demi aku…oh im so touched(lap air mata sat) bila tiba tahun 2016… aku nekad.. mahu atau tidak… aku tetap nak ke mekah pada tahun ini.. setelah mendapat kelulusan tuan pengetua…so aku terus kompenkan dengan mak agar bgthu mutawif tu yang kami jadi pergi ke sana…. Kami daftar dengan kenalan rakan mak sedaraku yang telah kesana pada tahun 2014 yang lalu… 

Kami mendaftar di bawah package “Kembara Umrah” yang diketua oleh ustaz Nukman… seorang ustaz yang baik dan peramah…amat disukai oleh para Jemaah… lawak jenakanya menghiasi kembara umrah kami…. Setelah mendaftar, kami diberikan jadual untuk kursus umrah sebanyak 4 kali yang diadakan setiap sabtu…(aku xpernah pegi pon kursus ni sebab busy) hahaha….aku hanya mendapat maklumbalas daripada mak n abah dikala aku menelefon mereka setiap 2 hari sekali….segala kelengkapan seperti baju jubah, kain ihram dan segalanya disediakan oleh mak….aku hanya bawa diri sahaja….
3 minggu sebelum berangkat, ustaz nukman ada ws aku agar menyiapkan passport…makaiiii baling ni mane ade jab pendaftaran… terpaksalahhhh aku merantau pi espi… nasib baik cik iffah ada tuk teman aku… thanks iffah.Much appreciated….hehehe…..seminggu sebelum berangkat… pelbagai pertanyaan bermain difikiranku….adakah aku layak untuk kesana… xtakot ke nanti dapat bala cash kalo buat silap… dah bersediakah aku untuk kesana??? Aduhhmakkaiiii macam2 syaitonn ni nak menghasut aku….aku just keep calm… aku berpegang pada satu ayat “ jika Allah dah jemput aku kerumahnya.. x akan la Dia nak menganaiya tetamuNya” so dari situ aku dapat tenangkan kembali hatiku… disebabkan aku tidak mengikut sebarang kursus umrah… so aku ambil initiative untuk dengar kursus umrah online kat youtube… seriously sangat berguna…. So aku donload dan dengar setiap pagi didalam kereta sementara tggu nak masuk kelas… sangat berbaloi… 
3 hari sebelum berangkat, ustaz bgthu yang segala visa telah lulus dan kami akan berangkat pada 8 march 2016..ohh sangat teruja aku mendengarnya… wah x sabarnya nak menjejak kaki kebumi barakah ini…. Ok sambung pada part yang laen plak ye…. Wassalam….

Part 2: 8 march 2016 (selasa)
Suasana sedih menyelubungi rumahku…. Setelah segala bagasi masuk kedalam bonet kereta…kedengaran suara azan mendayu2 yang dilaungkan oleh abahku. Ya Allah sedih giler time tu….perjalanan kami ke airport mengambil masa 10 minit sahaja… tibanya di airport kelihatan ramai jemaah2 laen bersama2 ahli keluaraga yang laen.. setalah kira2 sejam urusan cek in… kami pon dibenarkan untuk berada di balai berlepas…sebelum itu, sempat kamu bersalam salaman bersama ahli keluarga yang laen, mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah berlaku… then kami pon terus menuju ke balai menunggu… Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar… perjalanan kami ke KLIA menaiki pesawat MAS terasa amat singkat… keterujuaan untuk berada di bumi Madinah tu amat2 tinggi… kami berlepas ke KLIA dalam pukul 9.30 pagi dan sampai kesana kira2 50 minit kemudian…
Di KLIA kami dikumpulkan pada satu tempat untuk urusan pembahagian passport dan taklimat ringkas… urusan cek in dan sebagainya..segalanya berjalan dengan lancar… kira2 jam 4.30 petang, kami dibenarkan menaiki pesawat FLYNAS( anak syarikat arab kot) pesawat besar yang boleh memuatkan hamper 500 jemaah umrah dari pelbagai package… kami sekeluarga dapat duk pada deck atas…. Selesa la skit…. Tapi yang xbestnya kami terpisah… mak duk depan, abah duk wing kanan n aku duk wing kiri… hurmmm sadiss betul…aku plakk terpaksa duk dengan pakcik2… huahuahua…..
Perjalanan ke Madinah mengambil masa selama 8 jam… di dalam pesawat kami diberikan makan sebanyak 2 kali… alhamdulilah sedap jugakkk…. Sepanjang perjalanan kami penuhkan masa dengan tdoq dan sekali sekala berselawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad saw…. Alhamdulillah kami tiba di airport Prince Muhammad Madinah pada jam 11 malam waktu Arab Saudi… Agak ketat imegresen kat arab Saudi. Bergambar dan beratur panjang lak tu… menduga iman betui la… sejam jugak la stuck kat situ…. Setelah segalnya selasai…. Sementara menunggu bagasi tiba… kami merehatkan diri di kawasan kaki lima airport..perkena plak McD arab… air kopi..sedapp ooo….alhamdulillah nasib baik keadaan abah dan mak baik pada waktu itu….. Cuma abah Nampak agak lemah sedikit…..hampir setengah jam kami rehatkan diri… akhirnya kami dibenarkan untuk meninggalkan airport…perjalan ke hotel kami mengambil masa kira2 setengah jam…. Ketika memasuki tanah haram, sempat ustaz membaca doa selamat. Suasana sedih menyelubungi Jemaah didalam bas….. lebih memilukan lai bila bas berkenaan melintasi masjidil nabawi… pilu hati ini hanya Allah sahaja yang tahu… kelihatan satu kubah hijau yang dibawahnya tersimpan maqam insan yang amat mulia iaitu junjungan mulia Muhammad saw, nabi dan rasul bagi sekalian alam… Sesampai kami  di hotel kami ditempatkan di satu dewan khas untuk proses mengagihkan bilik serta kunci…. Alhamdulllah segalanya berjalan dengan lancar… fyi jarajk antara hotel kami dan masjidil nabi hanya kira2 200 meter.. Alhamdulillah amat2 memudahkan kami untu kesana setiap masa….setelah selesai mengagihkan kunci, ustaz mengajak kami untuk melawat sekitar masjid agar pada keesokkkan harinya kami tidak akan sesat. Kami hanya sempat melawat kawasan luar sahaja kerana kawasan dalam masjid dah pon tutup. Waktu tu jam 2 pagi… pertama kali menjejak kaki di masjid nabi, terasa aku adalah antara insan yang paling bertuah, dpat kesini pada usia muda bersama2 insan2 yang cintai. Alhamdulillah aku amat2 bersyukur ya Allah…..

Rabu 9 march 2016
Azan subuh mengejutkan kami… biasalah di mekah atau Madinah, azan subuh dorang 2 kali… azan pertama adalam kira2 2 jam sebelum waktu subuh betul… tujuannya adalah untuk memberi panduan pada para tetamu sekalian untuk bangkit subuh…. Aku dikejutkan dengan azan pertama subuh…. Ahamdulillah senang terjaga dek laungan azan yang sangat kuat…hehehe…. Ehh sebelum tu… aku ditempatkan di sebuah bilik di aras 14…floor paling atas…. Bersama2ku ialah abah, abang wan dan abang lin…. Abang wan dan abang lin ni seorang kontrator… bezanya antara keduanya ialah abang lin ni ade IR dan pernah study dekat England. Alhamdulillah rakan sebilikku semua sekepala dan mudah untuk berbincang tentang ape saja masalah berkaitan dengan umrah ni… disini kami bagaikan adik beradik…. Aku memimpin abah ke masjid nabi..Alhamdulillah boleh solat didalam masjid tapi agak jauh dari maqam nabi…. Usai solat subuh…. Kami pulang ke hotel untuk sarapan pagi…. Fyi package ini ada 3 kali makan sahaja… standard la tuh…. Setelah selesai bersarapan…. Kami mendengar taklimat dari ustaz berkenaan ziarah masjid… hari ini kami akan dibawa menziarahi dalam masjid… masuk taman raudah. Hadis nabi ada mengatakan “di antara rumahku dan mimbarku adalah sebuah taman dari taman taman syurga.. berdoalah..kerana disitu doa amat mustjab” kami berpecah mengiku jantina… makaii berpusu2 manusia beresak-esak beratur untuk masuk taman raudah tu… alhamdulillah sempat jugak aku masuk dan berdoa…nanti di part paling akhir..akan aku kongsikan doaku sepanjang aku berada dibumi Madinah dan mekkah ni…
Setelah semuayan selesai…aku membawa abah pulang hotel untuk berehat…disebabkan kesihatan abah yang kurang baik…so aku nasihatkan abah agar tidak ke masjid untuk solat zohor dan asar kerana keadaan cuaca ketika itu amat2 panas…. So setiap kali zohor dan asar mang abah solat dihotel..kesian abah… usai solat asar,,, ape layi aku dan mak pon segeralah pusing2 kedai mencari baju dan buah2an… ustaz kata kat Madinah ni tempat untuk membeli belah..nanti dah smpai mekah…boleh tumpukan pada ibadah… yes it true… harga di Madinah jauh lebih murah berbanding dengan mekah… boleh dikatakan selama tiga hari kami di Madinah tu..tetiap petang lepas zohor tu mang kami akan ronda2 cuci mata… hehehe…. Xde lah beli barang sgt.. cukup hanya jubah dan buah2 tangan bagi saudara di Malaysia… cewahhh….

Khamis 10 march 2016…
Hari ni selepas solat subuh di masjid dan sarapan pagi di hotel…kami berangkat ke luar kota Madinah untuk menziarahi tempat2 menarik peniggalan nabi dan sahabat…antara ziarah luar yang kami sempat pergi ialah masjid Quba,masjid Qiblatain,Jabal Uhud, Masjid Tujuh dan lading qurma…(nanti ceq kongsikan gambar2 disana ye) sepanjang berada di dalam bas.. ustaz akan bercerita tentang sejarah tempat2 yang kami lawati itu… di tambah dengan lawak jenaka yang spontan menceriakan lagi suasana didalam bas… SERONOK tawww…..kami tiba di hotel sebelum solat zohor dan berkesempatan untuk solat zohor di masjid nabawi….disebelah malamnyam selepas selesai solat isyak dan makan malam… kami mngadakan doa selamat dan doa hajat agar perjalanan kami ke mekah pada keesokkan harinya di permudahkan olehNya….


Jumaat 11 march 2016…
Seperti biasa aku bangun jauh lebih awal daripada ahli bilik yang laen… bersiap dan ready untuk ke masjid…. Aku bersama abah terus ke masjid… usai solat subuh… kami menuju ke hadapan masjid untuk ziarah selamat tinggal pada junjugan mulia nabi Muhammad saw. Suasana agak pilu dek kerinduan terhadap nabi.. pesan ustaz..jika x dapat masuk menzirahi maqam nabi..cukup sekadar berdoa mengahdap kubah hijau….ucapkan salam pada junjungan mulia nabi….ya Allah sedihnya waktu hanya Dikau saja yang tahu…. Entah bila plak dapat menjejakkan kaki kesana lagi…. Tghari nanti setelah selesai solat jumaat, kami akan berangkat ke mekah… tinggalah bumi Madinah yang dicintai dengan harapan agar suatu hari nanti dapat kesana lagi…. Disebabkan pada hari rabu yang lalu abah sempat pengsan dek hypo…so aku dah prepare siap2 gula2 untuk abah guna jika berlaku hypo… alhamdulillah abah dapat bertahan dengan kerenahku disana.. kesian abah… maafkan daku abah…  
Selesai solat jumaat dan cek out hotel… dengan berpakaian ihram…kami menuju ke mekah… alhamdulillah… segalanya berjalan dengan lancar… kira2 7 kilometer dari Madinah..kami berhenti di suatu tempat untuk bermiqat… kali ini kami bermiqat di “bir Ali” so selepas sahaja niat… terpaksalah menjaga 13 pantang larang yang ditetapkan… fuhhh jenuhh jugak nak jaga semua tu… tapi alhamdulillah diberikan kemudah sepnajng berada dalam ihram….
Perjalanan kami ke mekah mengambil masa selama 8 jam setengah… tepat pukul 12 malam..kami sampai di bumi mekah… hotel kami hanya 150meter dari masjidil haram..tapi kali ini agak sukar sbb ianya berbukit bukau….setelah cek in bilik… aku, mak n abah terus meengejarkan tawaf….tawaf kami mengambil masa kira-kira 15 minit sebab waktu tu jam 2 pagi.. so x ramai sgt Jemaah… usai tawaf..kami solat sunah tawaf dan minum air zamzam…. Then proceed dengan saie…. Abah agak letih…so aku cadangan agar aku tolak abah dengan menggunakan kerusi roda… tapi abah enggan…. So setelah selesai satu pusingan…abah Nampak bertambah letih…so aku pi jmpa pak arab tu…cakap2 sikit pasal nak sewa dia punya wheelchair and dia pon setuju dengan harga 20 riyal…hahaha pandai jugak aku cakap arab ngn dia….so dengan tenagan yang diberikan…aku tolak abah sambal belari…pergh…. Saie kami mengambil masa 15 minit sahaja….. selepas selesai saie….kami terus ke ukit marwah untuk bercukur..setelah selesai bercukur..maka lengkap umrah wajib kami.. Alhamdulillah…. Rasa lega dia hanya Allah saja yang tahu…. Kami terus berada di masjid untuk menunaikan solat subuh… setelah selesai solat subuh. kami terus ke hotel untuk sarapan dan tidoqq…. Sama seperti di Madinah… aku nasihatkan abah untuk ke masjid bgi solat subuh, magrib dan insyak sahaja… Alhamdulillah abah ikut nasihat kami. Sepanjang di mekah… aku akan kemana2 ditemani oleh mak… nak g solat…nak g ronda2…nak g shopping… semuanya pi ngn mak. “disaat aku leka berbuat beribadah, aku terlupa akan abah yang membawaku kesini…  mungkin abah ada terasa hati dengan sikapku sepanjang berada dibumi Madinah dan mekah ini….abah menyuarakan pada emak dan emak memberitahuku sewaktu perjalanan ke masjid untuk solat zuhur bahawa  abah ada terasa hati dengan sikapku” ya Allah tertiba aku rasa amat2 berdosa…. Air mata tidak putus2 mencurah sepanjang aku bertawaf dan bersaie…. Air mata keinsafan dan rasa berdosa sangat dengan abah… aku dan emak sama2 menitiskan air mata…. Aku berdoa dihadapan khaabah sambil air mata mencurah2….terima kasih ya Allah engkau telah melembutkan hatiku…. Usai mengerjakan umrah sunat kami… aku dan emak bergegas balik ke hotel.. aku cium tangan abah sambil memohon kemaafan…abah sempat menitiskan air mata… mak pon sama menitiskan air mata… aku sedar tanpa abah..x akan aku dapat jejak kaki dibumi mekah ini… kekhilafan aku yang sempat aku betulkan… 
Sabtu 12 march 2016 
Disebabkan kepenatan… ustaz memberi kami rehat dan boleh mengadakan acara bebas…. So kami tumpukan untuk melakukkan ibadah di masjidil haram….

Ahad 13 march 2016
Usai solat subuh berjemaah dan sarapan pagi…kami bertolak untuk ziarah luar…kami ke jabal rahmah, mina, muzdalifah dan pulang ke hotel….seperti kebiasaan…setiap tempat yang dituju.ustaz akan bercerita tentang kisah2 yang terjadi disana… alhamdulillah segala input yang diterima akan disemat didalam hati….sebelum pulang ke hotel kami singgah bermiqat di sebuah masjid bernama Ja’aranah…so bagi Jemaah yang ingin menunaikan umrah sunat..maka depa kne pakai kain ihram laa… hari ni aku dan mak x berhajat menunaikan umrah.. so kami pakai pakaian biasa2 saja….selepas solat isyak di masjidil haram… dipertengahan jalan pulang ke hotel.. kami singgah di sebuah kedai menjual ais krim.. sedapp gler weyy… 5 riyal jew satu cup…berhempas pulas la nak dapatkan ais krim tu… 

Isnin 14 march 2016
Hari ni kami diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti bebas…so seperti biasa…. Kami habiskan masa berada di masjd…beribadah kepadaNya…bezanya di mekah dan Madinah ialah…di Madinah kita boleh pergi masjid lagi kalo asar tu berkumandang… still have space… but di mekah… kita perlu berada di dalam masjid 2 jam sebelum azan berkumandang otherwise solat kat tepi2 hotel atau atas tar la….

Selasa 15 march 2016
Hari ni kami sekali lagi mengadakan ziarah luar..kali ini kami ke muzium mekah..disini dapat dilihat koleksi2 gambar2 khaabah yang lama… tiang khaabah dsb…. Setelah selesai di muzium… kami singgah di hudaibiah untuk bermiqat…kali ini aku dan mak mang niat nak buat umrah sunat… so aku siap2 berpakaian ihram bila keluar dari hotel tadi. Selesai berniat.. kami terus pulang ke hotel..setalh medapat keizinan dari abah.. aku dan mak terus ke masjid mengerjan tawaf..masa tu pukul 11 pagi…panas oii… then kami teruskan denga saie dan bercukur.. kami siap 15 minit sebelum azan zuhur.. perghhh laju gler beb… sepanjang berada di mekah..aku sempat jugak buat tawaf sunat untuk keluargaku yang telah meniggal dunia….satu pada arwah abah dan satu pada arwah ma… sama jugakk..umrah sunat pon aku buat untuk mereka berdua…satu umrah wajib… satu umrah sunat tuk arwah abah…dan satu umrah sunat tuk arwah ma… semoga kalian mendapat ganjaran pahala umrah… amin….





Rabu 16 march 2016
Hari ni aku amat2 gembira… its my birthday kot.. dapat sambut dekat mekah depan khaabah lagi…perghh really appreciated… hari ni ustaz membawa kami untuk menziarahi dalaman masjid… alhamdulillah… aku sempat pegang khaabah… berdoa di multazam( tempat makbul doa) masuk hijir ismail dan mendakapkan diri pada khaabah….alhamdulillah syukur sangat2…ustaz membawa kami keliling masjid… ke umah dimana nabi dilahirkan… sumber telaga zamzam.. banyak tempat2 sejarah yang ustaz bawa yang aku dah lupe(sorry) 
Khamis 17 march 2016
Kami ke masjid agak awal untuk tawaf sunat together with abah…. Alhamdulillah pagi tu hujan… dapat kurasakan hujan dibumi mekah…so blessed… usai solat subuh dan sarapan pagi…kami diberikan masa untuk mengemas pakaian sebelum ke masjid untuk tawaf wida… tawaf wida ialah tawaf selamat tinggal.. wajib dilakukan bagi mereka yang ingin meninggalkan kota mekah pada jarak lebih 90 km..alhamdulillah abah dapat menyelesaikan tawaf widad dengan jayanya walaupon kelihatan agak pucat.. kesian abah.. semoga Allah kurnikan abah kesihatan yang berpanjangan… amin… setelah selesai tawaf.. kira-kira jam 3 petang kami berangkat ke airport mekah… dalam perjalanan ke airport sempat kami singgah di laut merah(tempat nabi musa membelah laut) setibanya di airport..kami solat asar, magrib dan isyak…dipendekkan cerita (letih menaip) kira2 kul 11 kami berlepas ke KLIA denga pesawat yang sama….Cuma kali ini kami di dek bawah…dan mak dapat duduk bersama abah.. aku jew duk jauh dibelakang….. perjalanan 8 jam dan kira2 jam 1.30 tgh hari kami tiba di KLIA.. disambut oleh kakak ku yang berada di KL… next flight kami ke kota bharu pada pukul 1055 malam… sempat kami balik berehat di rumah kak ni…so kami tiba di airport kb kira2 jam 12 malam.. disambut oleh salmi dan family serta cdah dan family… begitulah kisah perjalananku menuju Allah…
Jika diberi piliha bercuti..maka mekah dan Madinah lah yang dahulukan…
Semoga aku dapat kesana lagi bersama2 keluargaku…amin…









Antara doaku sepnajang disana…
Ya Allah ya Tuhanku 
Ampukan dosaku….dosa kedua ibubapa ku…dosa keluargaku yang lain….
Jauhkan lah kami sekeluarga dari siksa kubur dan siksa API nerakaMU…
Jauhkan lah kami sekeluarga dari perbuatkan khianat manusia….
Panjangkan dan berkatkanlah umur kami….
Permudahkanlah segala urusan kami dunia dan akhirat….
Limpahkanlah rezeki kami…
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang engkau redhai…
Permudahkan segala urusanku dalam mendidik anak bangsaku….
Cemerlangkan mereka dunia dan akhirat…
Jadilah adik2…
Nik Muhammad haikhal bin rizalman…
Daniel haziq bin badrul hisham.
Syamil bin sazali
Dipermudahkan urusan menimba ilmu….
Diberikan kesihatan yang baik…
Cemerlang dunia dan akhirat…
Amin ya Rabbalalamin….