my world

Saturday, August 9, 2014

@cerita raya 2014

Alhamdulillah.
Ramadhan dah melabuh tirainya…persoalan setiap kali perginya ramdhan “bagaimana ibadah Ramadhan aku” adakah sesempurna atau sama seperti tahun-tahun lepas.. L
Kini syawal dating menjelma, hari yang dinanti2 sudah pon tiba…ehh jappp nak cter bila nak balik raya dlu….

Ok…. Tarik nafass… lets story mory…
Alhamdulillah pada khamis 26 july lalu bersamaan dengan 26 ramadhan 1434H aku bersama geng2 kelantan terus shoot balik kota bharu… well hati xsaited gler2 nak jumpa mak abah dan family lain.. so abis jew kelas hari khamis tu(p&p dipendekkan sampai jam 1250) so boleh la punch out awal sikit…aku punyalah xsaited tunggu kat punch tu kul 1250 lagi…hahhahhaa Nampak sgt nak balik…..tepat jew jam 1 tghari terus punch…. Terus shoot balik bilik..kemas2 mana yang patut….then solat zohor  dlu…. Then terus gerak ke pusat pelajar tu kumpul ngan geng2 lain.. alah kami konvoi ngan 3 biji kete jew.. aku adik kne lah ikut belakang akak2 semua ni..heheheh….ok tepat jam 2.30 petang kami memulakan perjalanan kami yang penuh dengan rasa kegimbraan ituuee…Alhamdulillah segala perjalanan kami selamat…kami bhenti rehat n solat asar kat jeli the terus shoot balik umah..maklumlah aim nak berbuka ngan family ann..hahaha… perjalanan yang memakan masa 4 jam tu terasa amat singkat…tepat jam 7.15 malam aku telah selamat sampai dirumah… hehe terkejut jugak mak n abah… dorang ingat aku sampai malam nanti…lepas salam2 semua…terus berbuka bersama2….alhamduillah bersyukur sangat2 pada ketika itu dapat berbuka dengan mereka2 yang ak cintai seumuru hidupku… so malam tu aku pi terawih dekat surau yang selalu aku pi tu la.. segan jugak la nak masuk surau tu…. Ade pak cik ni tnya abah aku “ anak lelaki ang belajar kat mane” abah pon ape lagi cter la blaaa2 …hahhaa tu yang bertambah segan tu…hehehe…..malam tu lepas jew terawih kami borak2 sampai menjelang pagi…
Hari jumaat 27 ramadhan…mak bercadang nak buat iftar adik beradiknya, penutup ramdhan katanya… biasalahh hari tu masa first ramdhan kami dah buat then ni kiranya penutup la ye…heheh….alhamdulillah semuanya dapat hadirkan diri..meriah gler…rasa cm dah raya….ditambah dengan riuh rendah sepupu2ku yang kecik2 tu…haishh….seronok kemain….
Hari sabtu 28 ramadhan…aktiviti aku dipenuhi dengan kerja2 memetong rumput dihalaman rumah yang berkeluasan ¼ ekar tu…haishhh dari pagi hinggalah kepetang nak menyudahkan semuanya tu…tapi penat lelah tu hilang bila tgok wajah mak abah gembira bila suasana lama bersih dan kemas… sesungguhnya hanya Allah jew tahu perasaan aku bila tgok mak n abah gembira… penat lelahku hilang serta merta…hehehe…. Bayangkan ¼ ekar kot..sensorang…. lepas potong kne sapu plak…hehehe cuba bayangkan…!!!! J
Hari ahad 29 ramadhan….pepagi lagi aku tolong mak pi pasar…beli barang2 tambahan tuk raya esok… (tambahan ok) mak mmg xsuka beli last2 minit….tapi ni terpaksa coz aku yang nak mak masakan rending ayam tahun ni..hehehe sian makkk….waktu tengahari diisi dengan xtvt tukar langsir dan karpet rumah.. deco mane2 yang patut…..waktu petang diisi dengan xtvt kupas / mesin kelapa tuk buat lemas kukus dan rendang…. Then tepat kul 6 petang aku n mak ke rumah sepupu mak yang merupakan toike satay untuk ambik tempahan satay kami… tahun ni kami ambik 300 cucuk jew… sbb bajet orang x ramai dating ann..ahhaha….
Malam raya diisi dengan aktivi mengisi kuih raya bersama kakakku dan ditemani oleh anak sedaraku yang baru pandai berjalan tu( bukan ditemani tapi dikacau)hahaha….lepas isi kuih aku bantu mak mengikat lemang kukus tuk dan bantu mak buat rendang ayam tu…tepat jam 10 malam semuanya selesai….lepas kemas segalanya aku n kakak bz isi duit raya dalam sampul..well tahun ni giliran kami yang bagi duit raya…maklumlah dah keje ann…hahaha…sambil2 tu kakak jugak bz meng’iron baju2 raya…hamppir kul 2 jugak la kami tdoq malam tu…hahaha….
1 syawal isnin….
Pepagi lagi aku bangun…jam 6 pagi….bangun aim nak mandi sunat aidilfitri kot…hahaha…. Then terus tercongak depan tv dengar takbir raya yang mendayu2 tu…. Tepat jam 8 kami ke surau berdekatan tu solat sunat aidilfitri..lepas solat kami terus ke kubur yang terletak berhampiran surau.. disana disemadikan nenek,datuk, uncle, aunty…balik jew dari kubur kami memulakan sesi bermaaf2an dan berbagi duit raya pada mak abah… sesudah selesai sesi air mata terus makan juadah raya sebelum bergeark beraya dirumah sedara2 terdekatku…tahun ni aku jadi driver….pi ngan kete ak…hehehe bagi depa rasa selesa sikit naik kete… dalam kul 2 petang kami pulang dari beraya disambut dengan kedatang rombongan mak sedaraku yang menunggu kami… ape lagi kelam kabut la dibuatnya… mengidangkan juadah, buat air, dan sebagainya….memang lepas pada tu x putus2 la tetamu dating….sampai malam kot…hehehe….pukul 11 malam pon ade lagi bebudak nak dating raya… aku dah siap tutup gate dahh…. Berani dorang tekan bell then “jerit kami nak raya tapi xnak makan dahh nak duit jew” hahha mmg aku xlayan la….kahkahkahkah* evillaugh*
2 syawal selasa…
Bangun bukan main lagi lewat….kul 9 baru bangun….hari ni plan x kemana-mana juz duk umah jew…maklumlah hari ni dah kne siapkan diri nak memasak tuk program aidilfitri umah orang2 tua sri kenangan pengkalan cheap tu… so dari pagi lagi mak n kakak bz… aku biasalah ditugaskan tuk ambik bahan2 yang dipesan mak di kedai runcit, santai, ayam, daging semua tu… hehehe… Alhamdulillah jam 4 petang mak sedaraku, cdah dating membantu… seperti kebiasaanlah cdah ditugaskan untuk memotong ayam2 berkenaan… aku bantu sikit2 jew…tolong cepatkan process potong ayam tu la… ok..tepat jam 7 malam semua ayam tdan dagin telah siap dipotong dan dibasuh… well aku ditugaskan mak tuk mengoreng ayam berkenaan dan pada masa yang sama mengacau tumis yang mak masak tu…well setiap kali masak mmg mak akan mintak pandangan aku la pasal rasa masakan ni…. Mak kata aku ni pemasin sikit, suka komplen…hahahahah… so apa2pon yang mak masak mesti panggil aku dlu suh rasa ok ke x…  bukan sebab aku ni cerewet sebenarnya tapi sbb lidah aku jugak yang nak telan semua tu… orang lain dalam keluarga aku ikut jew apa yang mak masak, makan jew…tapi aku ni lain sikit, suka pernambahbaikan…hahahah….. malam tu jugak pas solat magrib aku bantu cdah potong carrot dan timur untuk buat acar atau jelatah…. Kerja yang banyak dirasakan sedikit bila buat reramai…sambil buat sambil berbual2 kosong, macam2 topik adoo…hahaha…. Kerja2 kami dimeriahkan lagi dengan dentuman demi dentuman bunga api daripada jiran2 kami ni…haishh bingit telinga dibuatnya… around 11 malam segalanya dah siap… cdah dah pon balik kerumahnya selepas makan malam tadi…tinggallah aku n mak jew…esok tunggu nak tanak nasi jew then gaulkan jelatah jew…heheh…
3 syawal rabu..
Seawal 5 pagi lagi mak bangun…tepat jam 6 mak kejutkan aku…hahhaah awal betol…jam aku kunci pon x berbunyi lagi…tapi xpe la… selesai solat subuh… aku bantu mak menanak nasi, gaulkan acar semalam.. tepat jam 7 cdah pon sampai… makin cepat la kerja2 kami… ok segalnya selesai jam 9 pagi setelah segalanya dimasukkan dalam kereta… well ketiga-tiga kete pi sana… tepat jam 930 pagi kami sampai dirumah orang2 tua tu…lepas jew hidangkan semua kami pon balik umah…tinggalkan jew kakakku kaka my disana coz dia keje hari tu… actually ni adalah tempahan catering dari bos kaka my tuk sambutan hari raya umah orang2 tua sri kenangan….
Sesampai aku dirumah, teruskan process basuh segala periuk belanga yang digunakan tadi…Alhamdulillah selesai basuh tu jugak la ade tetamu datang nak beraya… biasalah baru 3 syawal mmg patut la depa datang beraya… ok cter ni habis sampai situ jew lah…dah malas nak taip….so cm mne plak ngan raya korang…best x…..



Aku bersyukur padaMu  ya Rabb…

Alhamdulillah segala puji bagi yang Maha Kuasa atas segala kurnaanNya buatku….
Alhamdulillah 3 daripada 5 wishlist besar aku telah tercapai dengan bantuanNya….
Diusia 23 tahun ni aku telah mempunyai kerjaya yang aku impi2kan…sebagai seorang pendidik kepada anak bangsa tercinta, actually aku masih rasakan ianya sebagai satu mimpi menjadi seorang pendidik ni… ye lah kannnn kalo tengok pada yang pi iv hari tuk mg xde aku rasa xde peluang langsung tuk aku jadi cg ni… yelah yang datang iv hari tu almost 5 ribu tapi yang nak diambil tuk kerja 120 jew… hurmm mmg tipis betol rasanya peluang aku..tapi dengan izinNya segala yang mustahil akan jadi pasti..alhamdulillah terima kasih ya Allah….
Diusia 23 tahun ini jugak la aku mempunyai sebuah kereta milik sendiri…Alhamdulillah rezeki, actually aku xnak lagi beli kete ni tapi disebabkan oleh kereta ni perlu bagi seorang cg mara, so aku terpaksa lah beli kete jugak…taw2lah sendiri cg mara ni banyak kne pi kursus sana sini…x kan asyik nak tumpang orang jew…kan3!!!!pada mulanya memang aku pasang hasrat nak ambik kete myvi mak tuk bawak mai maktab ni…(mak baru jew beli myvi bulan 3 2014) dan bulan 4 aku dah nak ambik dari mak kete myvi tu…rasa cm kejam plak… so setelah pikir2 so aku decide to have my own car…myvi jugak jadi pilihan aku…so aku kol mak tuk nyatakan hasrat aku tu….then mak n abah bantah depa x kasi aku beli myvi lagi…cukup satu myvi tu jew…depa tahu yang aku minat kete jemana Honda… aku nak ambik myvi tu sebab boleh bayar bulan2 rendah about rm600 jew…. Tapi abah n mak kata depa x mau aku ambik myvi lagi, so pilihan kedua aku ialah exora…lebih besar dan selesa…tapi disebabkan myuncle dah pakai exora so mak kata baik ambik kete yang kita minat terus, nanti menyesal kemudian hari plak…lgipon exora tu besar sgt..so depa suggestkan Honda city baru tu…wooww!!! Mane la aku nak cari duit bayar bulan2…so aku setuju by one condition “ikut la nak ambik kete ape pon asalkan bulanan rm600 jew” so depa terima syarat tu…petang tu jugak abah pi book kete Honda tu…hehe semangat betol abah… so mak n abah yang tolong settlekan segalanya… aku balik cuti sem bulan 6 tu cuci kaki naik kete baru jew then bermulalah bulan2 sebanyak rm600…. Downpayment ke ape ke gua xtau..semua mak n abah settlekan… baiknya mak n abah….terima kasih mak n abah….kalo nak tahu bape downpayment kire la sendiri ye….hahahaha….do we decide nak guna no plat yang sama… so aku pon book no yang sama….
Kereta pesona hitam kakakku : WXY 8530
Kereta myvi hitam mak : DCL 8530
Kereta Honda hitam gua : DCM 8530

Diusia 23 tahun ni jugak la…aku mempunyai barang2ku sendri..aku beli TV lcd, portable ekon, peti ice yang aku kira berats-ratus jugak la harga seunit… so walaupon aku masih lagi bujang tapi segalanya aku telah ada… sapa yang masuk jadi wife nanti cuci kaki jew… t upon tunggu masa bila dibenarkan pindah duk sensorang aku ingat nak beli dapur dan esin basuh… boleh la masak2 kat umah…. Jimat sikit…insyaAllah xlama lagi boleh la aku duk sensorng…

So 2 lagi wishlist aku ialah mempunyai mahligai sendiri dan mempunyai penyeri mahligaiku nanti…arghhh tapi tu nanti2 lah…sekarang ni focus nak stablekan dlu hidup…nak didik anak orang ni perlukan pengetahuan agama dan dunia yang tebal…hehe….. so skrg ni aku nak focus pada keluarga aku jew….nak gembirakan hati mereka, nak penuhi hajat mereka dan berbakti pada mereka… coz kalo dah kawin nanti kasih sayangku kne bahagi 2…so dalam masa 2 3 tahun ni baik aku gunakan kasing saying aku ni pda kedua ibubapaku dan keluargaku…..*lapairmata* so aku target tu penuhi 2 wishlist terakhir aku ni lepas 2 3 tahun kerja…may be bila umur dah 26,27 or 28….. tapi kalo ditakdirkan jodoh awal daripada tu so aku terima jew la…we plan Allah also plan AND Allah plan is better than us…
Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…..
Aku amat2 bersyukur padaMu yan Rabb atas segala kurnianMu padaku…terima kasih ya Allah…
Sekian……. Bagaimana dengan wishlist anda pula…


No comments:

Post a Comment