my world

Friday, September 13, 2013

@Jasa dan pengorbanan mereka....

Salam semuaaa.... 
Semoga sihat wal afiat semuanya...
Gua ade sedikit perasaan terkilan la kenapa kerajaan khususnya pihak seni mengambil berat tentang jasa dan penat lelah pelakon veteren khususnya yang dan berusia 50 keatas dan masih aktif lagi dalam dunia lakonan... Patutnya golongan sebegini la yang diberikan sanjungan dan anugerah... Mereka masih lagi aktif berlakon kerana kasih akan dunia seni dan juga mencari sesuap nasi... Sepatutnya golongan inilah yang patut menerima gelaran atau imbuhan yang setimpal... Golongan ini tidak mungkin lagi bertanding merebut anugerah bintang paling popular, pelakon paling popular yang mana selalunya diperolehi oleh golongan artis baru yang mana setahun jagung dalam industri seni...
Kenapa pihak tertentu tidak mengambil iktiba  dari kisah tan sri p ramli dan datuk sudirman... Mereka hanya diberi gelaran selepas mereka meninggal dunia... Di Hayat mereka, mereka tidak merasai ape2 gelaran dan anugerah besar pon... Mungkin kita lebih mengagungkan artis luar yang dalam sekelit mata mendapat gelaran datuk wal hal tidak ada sedikit sumbangan pon Pada industri negara kita...
Wahai pihak2 terlibat... Bukalah mata kalian jangan sampai golongan tersebut meninggal barulah kita terhegeh2 memberikan mereka anugerah dan gelaran terhormat... Sedarlah tanpa mereka bagaimana nasib industri seni negara  kita...
Cadangan saya.... Kepada artis2 yang bergiat lama dalam industri seni dan berumur lebih 50 tahun sewajarnya memberikan anugerah khas atau gelaran2 tertentu agar mereka dapat merasai  penghargaan masyarakat terhadap skill lakonan mereka...

Sebahagian Nama2 yang saya rasakan wajar diberikan anugerah khas ialah...
Maimon talib, mak jah, wan maimunah, joyah, mak wan, anita sarawak, ziana zain, kuswadinata dan sebagainya...

Sedarlah.... Tanpa mereka industri negara kita tidak sampai ketahan cemerlang ini..,,


*maaf ayat tonggang tebalit*
Sekadar meluahkan isi hati melihat nasib pelakon2 vateren negara kita.....

Sekian.....

No comments:

Post a Comment